Tuesday, June 28, 2011

Tentang Pelangi

aku tak faham kenapa orang gunakan konsep pelangi untuk gambarkan keceriaan, 'happiness', 'colors of life', atau apa-apa je lah. Sedangkan pelangi itu hanya muncul untuk seketika, selepas hujan. Lepas tu, dah takda lah pelangi.

Macam, kegembiraan tu takkan kekal lama. Sekejap-sekejap je.
Tapi, aku teringat satu ayat ni;

"everyone wants to be happy, nobody wants to be in pain. But you cant have a rainbow, without any rain"

Dan sekarang aku faham. :)

Monday, June 27, 2011

Dear Love

study elok-elok untuk awak punya exam.
all the best :)


Love you :)

Kita semua hadapi situasi yang sama

Satu hari nanti, bila kau dah ada pasangan,
baru kau sedar kau juga serupa 'tinggalkan kawan' seperti yang kau pernah katakan satu masa dulu.
Baru kau sedar, sedang kau seronok bercinta berkasih sayang, kawan itu lah yang akan cari kau dahulu,
bukan kau.

Dan kawan itu akan melalui satu situasi yang sama,
satu hari nanti.

Dan, kawan kepada kawan itu juga akan ada cerita yang sama.
Begitulah seterusnya.

Fahamkan aturan hidup. Tak bermakna bila jumpa di tengah jalan, aku bermasam muka. Satu senyuman aku lemparkan, aku rasa kau sudah patut bersyukur dan tau yang aku tak pernah lupa kawan.

Dilema memilih

"Jangan ambil dua, nanti orang kata tamak"
"Ambil satu, tapi nanti terlepas yang satu lagi"

Memang kadang-kadang kita kena korbankan satu benda.
Kadang-kadang.
Mungkin yang kita lepaskan satu itu, lebih baik, lebih memuaskan.
Mungkin.

Jagalah satu yang kita pegang itu betul-betul.

Ni bukan mula semula

rehat kejap, kasi otak minda semua tenang.
Tak boleh berhenti. Luahan bertulis sangat berkesan :)

Selamat!