Friday, December 30, 2011

Kisah Kutu Babi

teringat dulu (2,3 bulan lepas) masa ada kutu babi hinggap dekat kepala aku, melekat baik punya. Dah cabut, ada la kesan biji tu, dah la 1st time kena, memang la cuak kan. Pegi jumpa doktor.

"la..ni sikit je ni..lama2 ok la tu"

(- -')

dapat ubat sapu rm50.

(T_T)

Sampai sekarang kesannya ada lagi. Gatal gila kadang2 tu sampai luka.

Maka,
tak kisah la kecil mana pun sesuatu benda tu, kalau dibiarkan,
buat remeh,
buat tak kisah,
kesannya buruk jugak akhirnya nanti.
Lebih teruk kalau sekecil-kecil perkara tu, kalau dipandang remeh,
boleh jadi besar pulak.

Bahaya tu.

Tuesday, November 29, 2011

Mencincang Air

air dicincang memang la sampai bila2 dicincang pun takkan putus.
tp cuba bayangkan air yg sedia ada tu, diletakkan satu pembahagi dari permukaan hingga ke dasar.

seperti ada penghalang diantara air yg pada asalnya berada dalam satu lopak.

Monday, November 28, 2011

Jujur

bila kita lama tak menulis, itu tak menunjukkan yg kita ni malas, dah takda semangat.
Tapi sebenarnya dalam jangka masa tak menulis tu, kita tgh kumpul semangat untuk menulis,
untuk menghasilkan satu penulisan yg jujur.

ok,jujur tak ni?

Sunday, September 25, 2011

opocot

memang manusia cepat betul melatah. tgk la, belum cucuk perut pun lagi, dah 'opocot'.

nak buat macam mana kan. reflex.

Tuesday, September 20, 2011

dalam scheherazade, cerita tu takkan habis. well, akan habis, tp lambat lagi la.

apa perkaitan?

Monday, August 15, 2011

Ingat (2)

kalau kau terlalu obses pada sesuatu, ingatlah.
kau sebenarnya sedang menyakitkan diri sendiri,
dan dalam masa yang sama, menyakitkan orang yang sayangkan kau.

pentingkan yang lebih penting.

Friday, August 12, 2011

aku tak suka la kawan dengan orang-orang yang popular ni. rimas, tak senang duduk. tak suka.

ye, tak suka.

Tuesday, August 9, 2011

Ingat

Ingat,
dunia ni gila. Betul-betul gila.
Apa yang kita rancangkan tak selalunya jadi.
Kadang-kadang boleh jadi yang sebaliknya,
kadang-kadang jauh tersasar.
Yang kita mampu buat hanya lah berdoa..

berdoa..
dan berdoa..

Friday, August 5, 2011

Mana hormat mana sayang

dari zaman budak-budak lagi memang aku selalu pegang kata-kata "yang tua dihormati, yang muda disayangi". Tp tu lah, yang aku biasa nampak, hormat je. Sayangnya mana.

Tak fair la, tak fair.

Thursday, July 28, 2011

Penerimaan

biasa lah, A yg kena, kawan A, si B pun terasa, sakit hati, marah. Over.
tapi sebenarnya cara mereka menerima tak sama.
Sebab hanya A yg melalui. B, sekadar mempertahankan A.

Walaupun B taktau cerita sebenar. :)

Monday, July 11, 2011

Dear Love (2)


rasa macam nak bagitau satu dunia saya paling berkenan yang ni. aih taktau lah kenapa.

Saturday, July 9, 2011

Itu kalau saya..

kalau saya jadi abang awak, jadi mak bapak awak,
saya malu ada adik, anak macam awak. betul.

Tapi itu kalau saya lah.

Friday, July 8, 2011

Tak Bersih pun sebenarnya, kot?

yang esok nak berkumpul tu sampai sesak-sesak jalan, bising sana sini, dah nampak tak bersih.

tak best la tak best.

Tipu

menipu memang boleh elakkan pergaduhan,
nak selamatkan diri pun boleh,
just for fun bagi yang bangang.

tapi apa yang bagus menipu ni? boleh bawa kebaikan ke?

...
..
.

takde, kan?

Friday, July 1, 2011

Jaga diri

khutbah Jumaat hari ni pasal merokok. Tapi harini kelancaran imam berkhutbah macam, lain sikit. Mungkinkah?

*ok tak tuduh apa-apa* :p

kita ni kalau nasihatkan orang lain, diri kita sendiri ni sebenarnya ikut ke tak nasihat tu?
teringat quotes dari series House kalau tak silap;
"A motivator didn't know how to motivate himself"

Entah la.

tanpa tajuk

saya tak suka berkawan dengan artis. okbye

Tuesday, June 28, 2011

Tentang Pelangi

aku tak faham kenapa orang gunakan konsep pelangi untuk gambarkan keceriaan, 'happiness', 'colors of life', atau apa-apa je lah. Sedangkan pelangi itu hanya muncul untuk seketika, selepas hujan. Lepas tu, dah takda lah pelangi.

Macam, kegembiraan tu takkan kekal lama. Sekejap-sekejap je.
Tapi, aku teringat satu ayat ni;

"everyone wants to be happy, nobody wants to be in pain. But you cant have a rainbow, without any rain"

Dan sekarang aku faham. :)

Monday, June 27, 2011

Dear Love

study elok-elok untuk awak punya exam.
all the best :)


Love you :)

Kita semua hadapi situasi yang sama

Satu hari nanti, bila kau dah ada pasangan,
baru kau sedar kau juga serupa 'tinggalkan kawan' seperti yang kau pernah katakan satu masa dulu.
Baru kau sedar, sedang kau seronok bercinta berkasih sayang, kawan itu lah yang akan cari kau dahulu,
bukan kau.

Dan kawan itu akan melalui satu situasi yang sama,
satu hari nanti.

Dan, kawan kepada kawan itu juga akan ada cerita yang sama.
Begitulah seterusnya.

Fahamkan aturan hidup. Tak bermakna bila jumpa di tengah jalan, aku bermasam muka. Satu senyuman aku lemparkan, aku rasa kau sudah patut bersyukur dan tau yang aku tak pernah lupa kawan.

Dilema memilih

"Jangan ambil dua, nanti orang kata tamak"
"Ambil satu, tapi nanti terlepas yang satu lagi"

Memang kadang-kadang kita kena korbankan satu benda.
Kadang-kadang.
Mungkin yang kita lepaskan satu itu, lebih baik, lebih memuaskan.
Mungkin.

Jagalah satu yang kita pegang itu betul-betul.

Ni bukan mula semula

rehat kejap, kasi otak minda semua tenang.
Tak boleh berhenti. Luahan bertulis sangat berkesan :)

Selamat!